Kerajaan Selangor Hargai Komitmen Kementerian Sumber Asli Tangani Pencemaran Sungai

SHAH ALAM, 2 November - Kerajaan Selangor merakamkan penghargaan atas sokongan dan komitmen diberikan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam menangani isu pencemaran sungai yang berlaku di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri Elizabeth Wong berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan yang pertama kali diadakan itu amat penting dalam menangani isu pencemaran secara lebih menyeluruh memandangkan ia turut melibatkan beberapa negeri lain.

"Kita (kerajaan negeri) sukar nak kawal isu pencemaran air ini, jadi langkah bekerjasama dengan kementerian adalah penting dan mereka boleh melihat secara lebih teliti kerana isu sama turut melibatkan negeri-negeri lain.

 

Sumber:Bernama

                

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09