PAC Mahu DBKL Tambah Baik Pengurusan Lesen Iklan, Papan Tanda

KUALA LUMPUR, 2 November  -  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah baik pengurusan lesen iklan dan papan tanda di ibu negara termasuk memastikan kontrak penswastaan dibuat secara terbuka supaya lebih telus kepada kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin berkata sistem maklumat bagi Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda Di Kuala Lumpur juga wajar diperkemaskan dan dipertingkat bagi mengatasi kelemahan berbangkit.

"Adalah lebih wajar sekiranya Unit Audit Dalam (DBKL) melapor kepada peringkat yang lebih tinggi seperti Lembaga Penasihat DBKL berbanding struktur sedia ada iaitu kepada Datuk Bandar. Ini bagi mengelakkan isu tadbir urus dan percanggahan kepentingan berlaku di DBKL.

"DBKL perlu memastikan agar ketidakpatuhan peraturan yang dibangkitkan berhubung Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda Di Kuala Lumpur tidak berulang di masa hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.

PAC hari ini membentangkan laporannya berhubung Pengurusan Lesen Iklan/ Papan Tanda di Kuala Lumpur di Parlimen yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2.

 

Sumber:Bernama

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09