Datuk Seri Najib Lawat Gu'an New Industry City

BEIJING, 2 November ,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gu'an New Industry City, sebuah bandar raya industri berasaskan inovasi.

Bekas kawasan pertanian di wilayah Gu'an itu, yang terletak kira-kira 50km ke selatan Beijing, dimajukan oleh China Fortune Land Development Co Ltd (CFLD) sejak 2002 sebagai hab pembangunan industri yang berfokuskan kepada lima kelompok industri.

Kelompok berkenaan membabitkan aeroangkasa, perkilangan perkakasan mewah, e-dagang dan industri perkhidmatan moden.

Perdana Menteri kini di China untuk lawatan rasmi enam hari mulai Isnin.

Beliau memegang salah satu peralatan ciptaan Amoled ketika melawat pameran teknologi Amoled di Dewan Pameran Gu'an

Ketibaan Datuk Seri Najib disambut oleh Presiden Antarabangsa CFLD Jerry Zhao, yang turut memberikan taklimat mengenai transformasi Gu'an sebagai hab industri antarabangsa yang menyumbang pendapatan fiskal sebanyak US$830 juta pada 2015, selain mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan berkenaan.

CFLD melabur US$4.8 bilion di pada Gu'an New Industry City, yang sedang dibangunkan bagi menampung sejuta penduduk.

 

Sumber: Bernama

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09