75 Peratus Graduan dari 15 Kolej Vokasional Rintis Mendapat Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 2 November - Sebanyak 75-peratus graduan dari 15 Kolej Vokasional rintis mendapat pekerjaan mengikut bidang dalam tempoh sebulan selepas graduasi, setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan berkata, ia menunjukkan lepasan kolej vokasional mendapat pengiktirafan daripada kalangan pemain industri.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau memberitahu, lepasan kolej vokasional ini juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat universiti  melalui Akreditasi Pengalaman Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia itu adalah berdasarkan minimum 2 tahun pengalaman bekerja.

 

Sumber:RTM

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09