100 Ejen Berdaftar Pos Di PP1M Diwujudkan Menjelang 2020

CYBERJAYA, 27 Oktober - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Pos Malaysia serta syarikat-syarikat telekomunikasi akan mewujudkan 100 Ejen Berdaftar Pos di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) terpilih di seluruh negara secara berperingkat menjelang 2020.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata projek perintis bagi ejen berdaftar pos itu akan dilaksanakan di lapan buah PI1M iaitu lima di Sabah dan tiga di Sarawak bulan depan.

Lokasi PI1M terlibat ialah Kampung Pandan (Lundu), Niah Suai (Miri), Kampung Jepak (Bintulu) di Sarawak dan Pekan Kinabatangan, Pekan Bingkor Laut (Keningau), Kampung Rampayan Laut (Kota Belud), Sungai Kayu dan Batu Sepi (Sandakan) di Sabah, katanya.

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Kerjasama Strategik SKMM bagi projek Ejen Berdaftar Pos di sini hari ini.

Ejen Berdaftar Pos akan menawarkan produk dan perkhidmatan seperti penjualan sampul dan kotak prabayar Pos Laju serta Pos Ekspress, perkhidmatan panggilan sebelum penghantaran (ODP), penerimaan penghantaran Pos Laju (walk-in), penjualan setem dan Flexipack (domestik) dan penjualan Pos Berdaftar.

 

Perkhidmatan Ejen Berdaftar Pos itu yang dilengkapi kemudahan internet jalur lebar mampu memperkasakan penduduk luar bandar dan kumpulan B40 dalam bidang e-Dagang.

 

Sumber:Bernama

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09