Indonesia Perlu Pinda Undang-Undang Kawal Jerebu

KUCHING, 30 Ogos- Indonesia perlu meminda undang-undang dan sistem pengurusan kebakarannya sekiranya mahu masalah jerebu rentas sempadan diselesaikan.  

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata undang-undang Indonesia masih membenarkan pembakaran di atas tanah yang keluasannya kurang daripada 0.8 hektar.

Selain itu, katanya, sistem pengurusan tanah gambut di negara jiran itu juga kurang berkesan sehingga turut menyumbang kepada pembakaran dan keadaan berjerebu di negara tersebut.

Read more...

Malaysia-Thailand Akan Tandatangani Mou Semasa Lawatan PM Pada 8-9 September

BANGKOK, 30 Ogos - Malaysia dan Thailand akan menandatangani bebarapa memorandum persefahaman (MoU) semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara ini pada 8-9 September.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jen Prawit Wongsuwan berkata, MoU berkenaan ialah mengenai dwikerakyatan, jenayah rentas sempadan, pengangkutan dan pagar sempadan.

Prawit, yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan, bercakap kepada pemberita sekembalinya dari Malaysia untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Read more...

Generasi Pasca Merdeka Kurang Penghayatan Kemerdekaan

KANGAR, 30 Ogos - Seorang 'anak merdeka' meluahkan kekesalannya apabila erti kemerdekaan kurang dihayati dan tidak difahami maksudnya secara mendalam oleh generasi pasca merdeka.

Merdeka Osman, yang lahir pada 31 Ogos 1957, kira-kira 15 minit selepas bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan bagi menggantikan bendera Union Jack berkata, kemerdekaan ibarat harta atau anugerah yang sangat bernilai.

"Ini kerana ia menentukan kedaulatan sesebuah negara dan bangsa," katanya ketika ditemui semasa menyambut ulang tahun kelahirannya di kediaman beliau di Kampung Baroh, Santan di sini, semalam.

Read more...

Empat Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat Setakat Pukul 9 Pagi

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Kualiti udara di empat kawasan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan IPU tertinggi dengan 118 berbanding 123 pada pukul 6 pagi tadi.

Kualiti udara di Shah Alam dan Banting, Selangor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 105 dan 101, manakala Putrajaya merekodkan bacaan IPU 102.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

 

Sumber - BERNAMA

200 Pegawai Perubatan Siap Sedia Kendali Tugas Pada Perarakan Hari Kebangsaan 2016

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Seramai 200 pegawai perubatan termasuk enam doktor pakar dan 20 ambulans berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan pada perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, esok.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Datuk Seri Profesor Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata pasukan perubatan yang diketuainya akan berada di sekitar kawasan berkenaan bagi membantu mana-mana tetamu kehormat, peserta atau pengunjung yang mengalami masalah kesihatan khususnya penyakit berkaitan haba.

Read more...

Hari Ini Dalam Sejarah - 01.09.1949

Lembaga Letrik Negara Ditubuhkan

 

Pada hari ini 01.09.1949, Lembaga Letrik Negara telah ditubuhkan dengan rasminya, sebagai sebuah badan berkanun dan ditubuhkan di bawah Ordinan Elektrik No.30, 1949. Lembaga Letrik Negara yang ditubuhkan ini mempunyai seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang ahli. Sejarah penggunaan elektrik di negara ini bermula pada tahun 1904 dan bekalan elektrik yang pertama telah disalurkan di Pulau Pinang.

 

 

 

 

Sumber : Arkib Negara

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.42 05.52 07.08 13.17 16.25 19.21 20.31